Rabu, 30 Jun 2010

Memancing dan menjaring di Bagan Datoh





























tanggal 26.06.2010 entah macam mana saya ada masa untuk balik ke Bagan Datoh kampong orang rumah dan apa lagi gi melepaskan gian mancinglahh . Semenjak berniaga saya jarang sekali gi memancing . Sampai jerr pukul 2.00ptg ponggong dah panas kul 4.00 ptg terus gi mengetek ruan kat parit di sungai nipah, tak ada melawan langsung. Boring lepastu gi ban cari siakap pakai umpan tiruan juga tak menjadi. Esoknya ahad tepat kul 9.00 pagi stat bot terus gi menjaring biasalah dengan tekong bro usop dan amir.Kami gi sampai api merah dan terus melaboh, sebelum gi orang kata ikan kurang. Macam biasalah saya mana tau ikan kurang ker tidak pada saya ada air ada ikan. Lepas jer melaboh pukat kepala pun pening mabuk lahhh tu sebab lama tak kelaut. Lama juga lah mabuk nya sehingga lah muntah baru ok. setengah jam lepas tu bermula lahhh masa menarik pukat (orang perak kata mengarau betul tah tidak, tak tuulah)tak kesahlahh janji ikan naik. Hasilnya memang lumayan, kami hanya melabuh dua kali sahaja.Tengok lahh hasilnya. Balik kul 2.45ptg. Pukul 5.30ptg kami pun balik ke selangor kerana esok kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan