Jumaat, 5 Julai 2013

SAWIT

PROJEK MENANAM SAWIT DI BAGAN DATOH


Semua dah siap sebelum puasa tingal kerja kerja penjagaan dan membaja sahaja.

Khamis, 15 November 2012

Menjaring di Bagan Datoh

Pada 13/11/2012 jam 6.30 pagi lepas subuh dah gerak ke Bagan Datoh sepanjang perjalanan ok jerr jalan tak jem tapi sampai kul 10.30 pg gakk berangan jer kat jalan raya singah sekincan beli jagong dan minum kat sungai besar kemudian isi minyak kat sabak bernam tu yang lewat tuu. Sampai jer dia orang tak ada kat umah yop mereka tunggu kat jeti dahh, den paking dan turun barang terus gii jeti rashid dengan yop dah kembung makan rambutan semasa menunggu, naik jer terus jalan gi laut. Hari pertama tak banyak dapat,  ikan bagok dua ekor, ketam  dan gelama jerr boleh lahh melauk untuk dua hari. Esoknya hari rabu pagi lagi kul 9.00 pg dah turun kelaut. Mula labuh kat tengah tak banyak dapat kemudian labuh kat beting baru lahh meriah ada senangin, kurau, seludu, duri dan gelama pisang hemm 20 kilo adalah.Lepas tu terus balik dah pewai tak tahan lahh den kali nii panas tak leh tahann. Cadangan nya hari khamis pagi sebelum balik ptg tuu nak kelaut laggii tapi tak jadi sebab badan sakit2 lama tak kelaut.Balik ke beranang kul 12.30 t/hari sampai kul 4.30 ptg. Walaupun letih tapi seronok, cadangan kenduri anak ayu pada 15/12/2012 nak turun lagi kelaut walaupun sehari. jumpa lagi nanti tak ada gambar sebab tak bawa kamera.

Isnin, 29 Oktober 2012

Versi Petama

Membakar Ayam Di Kampong Bagan Datoh















Hari raya Haji kedua 27/10/2012 tibalah masanya seperti yang dijanjikan pagi lagi kul 7.17 pg kami dah gerak ke Bangan Datoh.Rashid dan Ila telah sampai dulu . Lebih kuirang pukul 11.00 pg kami pun sampai terus pasang tempat pemanggang yang baru di beli susah juga pasang hampir 40 minit. Siap sahaja terus nyalakan api bermula lah acara memanggang huhh memang best masak jer terus belasah hiungga menjilat jari lepastu  diaorang berebut makan masak kambing black paper yop belasah bagai nak rak den pun tompang sekaki huu pun juga sedap bila dah makan ramai2.Kemudian ajak mak uda dan keluarga join sekali lagi lah meriah Sampai kul 4 petang makan ayam panggang. Kepada mereka yang tak dapat balik tengok jerr lah gambar yang di paparkan jangan risau next ada lagi tapi tak dapat nak di tetapkan masanya kena buat versi kedua.

Ahad, 12 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA TAHUN 2012

Tak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat islam diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Tahun ni 2012 seperti biasa kami sekeluarga menyambut syawal di beranang lepas sembahyang raya kami gi kubor arwah abah kemudian hari raya kedua  Isnin baru gi raya ker bagan datoh sebelah isteri den dan pagi Rabu dah kena balik beranang . Nampaknya tak kemana2 lahh juaaa tahun niii tahun lepas pun sama tak gi  semua umah sedaroo..

Sabtu, 7 April 2012

LAMA

Lama sungguh aku tak menulis kat blok nii sibuk sangat lah sekarang nii cari rezeki brooo duit nak pakai banyak anak2 dah naik dewasa. Sekarang nii main melaka jeeerrr sebab anak pompuan den yang kat grik dulu dah sambung belajar kat melaka. Punyalahh lama tak masuk blok nii sampai passwd pun lupa. Baru nii den gi Bukit tinggi dan Janda baik lama den tak gi situ seronok juga nengok pemandangan tapi den nengok tempat mandi kat janda baik tu dah tak berapa bersih lahh warna kelabu. Nanti den uplod gambar.

Jumaat, 26 Ogos 2011

AMBIL ANAK KAT AIR KEROH MELAKA CUTI RAYA

Lepas Jumaat kul 3.30 ptg pada 26/08/2011 gi ambil anak yang belajar kat Utem melaka, sampai sana dekat kul 5 ptg tak leh laju banyak kenderaan kalau tak perjalanan hanya 1 jam lebih sikt jeer. Gi maiden melaka beli barang keperluan untuk raya perancangan nak berbuka kat maiden tapi anak2 ajak kat restoren ikan bakar tapi tak leh penuh meja tak ada kosong mungkin telah lambat kul 7.00 ptg dahh. pusing gi tempat lain yang kami sendiri tak tahu cadangan nak gi umbai anak2 cakap jauh tak peerr cari yang dekat jerr singgah kat restoran dekat simpang empat berhampiran JPJ tuu apa tak ingat RESTORAN TUNA JATI KUTT duduk hampir 1/2 jam tak ada orang tanya pun nak minum dan makan apa tak taulahh orang kita berniaga cam neeerrr anak2 dah bising maklum lahh puasa lapar tuu hanya buka puasa dengan air miniral yang beli kat Petronas sahaja. Abah kalau nak makan gi kedai mamak mesti dapat punya mereka cakap, den faham memang mamak tak leh lawan tentang servis niii bukan nak memuji tapi itu lahh kenyataannya. Den kalau boleh nak kurangkan mengayakan mamak niii..den pun ambil keputusan gi balik maiden sebab di sini memang banyak kedai makan akhirnya den makan nasik kandar, mamak lagi...jap jerr dapat anak2 makan chiken cop dan lamb chop memang kauuu punya. Lepastu gi masjid AL-Alami sembahyang kemudian lepak jap kat masjid kul 10.00 mlm baru balik ke beranang.

Selasa, 9 Ogos 2011

NOSTALGIA BULAN PUASA

Lama dah saya tak menulis bukan tak ada cerita tapi mood tak ada..Bila bulan puasa jeer teringat masa kecik2 dulu yang tipu abah nagan mak kata puasa tapi sebenarnaya tak puasa. Alhamdulilahlah anak2 den sekarang nii semua ok tak ikut perangai bapa dia. Kecik2 dulu seronok bila masa nak berbuka walaupun tak lahh sesedap masa sekarang niii dengan pelbagai juadah. Sekarang makan pun selera dah kurang. Yang seronoknya gi masjid bukan nak gi sembayang terawikh tapi lebih nak moreh jeeer makan kenyang sampai tak larat nak balik sampai tertidor kat masjid pun ada abah dukung bawak balik umahh terawikh dah habis. Kalau sekarang anak saya buat rasanya tak leh nak marah. Bedok kat masjid tuu memang jadi mangsa den jerr masa kecik dulu azan jeer kita belasah bagai nak rak supaya orang kampong dengar panduan untuk berbuka puasa , ada sekali tuu orang tua marah mana tak nya belum azan lagi dah belasah.

Den nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua orang Kampong Sungai Kembong Hulu semoga ketemu lagi di tahun hadapan.