Rabu, 30 Jun 2010

Kenduri Kawin Anak Tok Wan








































Seronok gi kawin anak tok wan (Karok) dengan orang kelantan pada 12 & 13.06.2010 di Sungai Kembong Hulu Bangi, ( Di Kelantan pada 27.05.2010) semua sedara ada. Yang pakai baju batik tulahh Tok Wan dan isterinya Ceek Timah. Tok Wanlahh satu satunya adik abah yang masih hidup. Abah meninggal pada tahun 2009. Pada pagi sabtu lagi dah melapah lembu dan membersihkan ayam, petang masak lauk untuk kenduri malamnya ,masak sup ,kemudian menumis rempah untuk masak ayam masak merah esoknya. Tapi yang paling bes makan sup tulang malamtu memang kauuu takut makan banyak den ado gout, balik umah kat beranang kul 10.00 malam Esok pagi lagi dah sampai umah tok wan masak nasi minyak dan nasi putih, kenduri kat kampong memang senang semua pakar masak ada kat sana, Haji atan,Abu dan Jemi . Den pakar juga tapi hormat kat sifu. Ramai sedara jauh dan dekat datang hingga tak terlayan ,banyaklahh tok wan dapat duit tuuu....Hari kenduri selalunya den tak selera makan sebab makanan banyak kutt. Balik umah kul 5 petang bawa sebungkus besar nasi minyak dan macam macam lauk nak katakan boleh makan 20 oranglahhh.Tak ambik nanti tok wan marah sombong sangat lakkk, bawak jewrr lahh balik, makan selagi mahu

Memancing dan menjaring di Bagan Datoh





























tanggal 26.06.2010 entah macam mana saya ada masa untuk balik ke Bagan Datoh kampong orang rumah dan apa lagi gi melepaskan gian mancinglahh . Semenjak berniaga saya jarang sekali gi memancing . Sampai jerr pukul 2.00ptg ponggong dah panas kul 4.00 ptg terus gi mengetek ruan kat parit di sungai nipah, tak ada melawan langsung. Boring lepastu gi ban cari siakap pakai umpan tiruan juga tak menjadi. Esoknya ahad tepat kul 9.00 pagi stat bot terus gi menjaring biasalah dengan tekong bro usop dan amir.Kami gi sampai api merah dan terus melaboh, sebelum gi orang kata ikan kurang. Macam biasalah saya mana tau ikan kurang ker tidak pada saya ada air ada ikan. Lepas jer melaboh pukat kepala pun pening mabuk lahhh tu sebab lama tak kelaut. Lama juga lah mabuk nya sehingga lah muntah baru ok. setengah jam lepas tu bermula lahhh masa menarik pukat (orang perak kata mengarau betul tah tidak, tak tuulah)tak kesahlahh janji ikan naik. Hasilnya memang lumayan, kami hanya melabuh dua kali sahaja.Tengok lahh hasilnya. Balik kul 2.45ptg. Pukul 5.30ptg kami pun balik ke selangor kerana esok kerja.

Cameron Highland































































Pada 4.04.2010 kami dan adik beradik sebelah isteri pergi cameron highland dengan 4 buah kereta. Perancangan telah dibuat sebulan sebelum tuuu sayang hanya 2 hari jerrr dapat bercuti sebab masing masing tak ada cuti .Menyewa apertmen 3 bilik di Green park Vally apertmen , duduk ramai ramai riuh rendah memang bessst Sejukkkkk. Sampai jerrr petangtuu teruss letak barang kat umah dan keluar balik terus kea Farm cari sayur untuk makan malam, makan aikrim dan gi cameron vally sampailahh kerr senja balik keumah untuk sembahyang maghrib dan makan jerrr lepastu keluar balikk nak kerjar masalahhh katakan.Habih semua tempat yang berhampiran kami giii. Esoknya barulahh teratur sikit mula mula gi Ladang Boh huuuh memang best gi minum bermacam jenis teh. Bila nak bayar jerr den sorangjerr kena RM22.50 tak termasuk roti sandwitch, yang penting enjoy.Anak anak semua gi ladang tehhh kemudian gi Kea Farm lagi memborong sayur dan makan jagong sedap dan mahal, beli lagi strawbery serta nengok bunga kektus. Adik ipar den beli banyak dia memang minat ngan kektus. Masa nak balik sempat lagi singgah kat Almansur gi makan aikrim dan beli strawbery tambahan. Sampai kat Simpang pulai semua balik ke destinasi masing masing Boy ke Gerik dulu antar anyah kemudian balik ke Seri Iskandar-Rashid ke Lumut-Kamal ke Rawang dan den balik beranang. Nak dikatakan memang enjooylahhh. Next trip mungkin kalau panjang umur gi ke Terengganu.