Isnin, 26 Julai 2010

Buat Pagar Rumah

Lama dah tak menulis di blog aku niii, bukan tak ada masa tapi tak ada bahan nak ditulis. Pada 16-07.2010 gi Gerik ambik anak sekolah kat sana kemudian terus gi lumut umah abang ipar esoknya pada 17.07.2010 gi Bagan Datoh biasalahh gilo dah sampai gi menjaring ikan lahhh tu tepat kul 1.00ptg turun laut dan kul 4.30ptg balik sekali melaboh jerr . Banyak juga dapat penuhlah coolmen biru aku tuuu, petang kul 6.00ptg balik kelumut umah abang ipar ku balik. Esoknya kul 10.00 pagi ahad gi gerik balik hantar anak balik asrama. Kul 12.00 t/malam sampai rumah kat Beranang. Baru ni pada 23.07.2010 kami anak beranak gotong royong membuat pagar batu belakang umah nak upah orang modal kurang buat sendiri lahhh, lagipun den dulu ada pengalaman buat kerja kontrek mudah jerrr.

Jumaat, 9 Julai 2010

Pergi Zoo Melaka Malam















































09.07.2010 kul 8 mlm gi zoo melaka malam nengok sahabat lama dalam tuuu sampai melaka kul 9.30mlm terus masuk kena bayar RM45.00 semua murahlahh tuu.Lebih kurang satu jam lah dalamtu yang malangnya malam gambar binatang tak leh ambil nanti binatang takut kat flash tak palah den tunjuk gambar kat luar jerr. Lepas gi zoo biasalahh gi makan kat umbai konon nak makan ikan bakar tapi tersalah cakap gi suruh masak sweet sawour dan tiga rasa tapi tak paa habis juga den makan sekeluarga.Sampai umah kul tiga pagi.

Rabu, 7 Julai 2010

Kenangan Mengusik Jiwa




Anak lelaki ku yang Bongsu ( Anak Bapak)











Jalan Masuk Kekampong Ku



Sungai Tempat Aku Memancing Dulu

Aku dilahirkan pada tahun 1964 disebuah kampung yang dipendalaman semasa kecil aktiviti harianku ialahh mandi sungai, melastik burung, meronda kampung dan meronda pokok buah buahan orang kampung nak dikatakan semua buah buahan orang kampong pernah aku curi, sekarang aku dah minta dia orang halalkan. Permainan yang ada kat kampung cuma main galah,senapang buluh,senapang terung gembang,lawan biji getah dan sorok2 itu jer laah, pun seronok juga TV memang tak ada komputer jauh sekali bukan macam budak sekarang tapi yang mahal tu peralatan permainan tu semua nya buat sendiri.Kampungku dulu2 memang semak sahaja disekelilingnya dan dipenuhi oleh pokok kelapa ular sawa sebesar gantangtu biasa jerr aku tengok . Ditengah2 kampungku ada sebatang sungai yang di pangil sungai kembong . Dulu banyak betul ikan keli .Munurut cerita orang tua2 dulu di hulu sungai tersebut terdapat banyak rotan kembong yang sekarang dibuat perabot sebab itulah nama kampung ku di beri nama Kampung Sungai Kembong Hulu. Paling ku teringin sangat nak makan ialah buah cempunik tak tahu lah orang sekarang pangil apa dulu memang banyak, buahnya hijau jika muda dan kuning bila masak sebesar buah durian ada duri tapi lembut tak tajam pun nak makannya picit jerr terus boleh makan isinya. Masa dulu2 duit memang susah kebanyak orang kampunku bekerja sendiri dengan menoreh getah dan bersawah padi secara kecil kecilan .Untuk keluar kebandar setahun sekali pun susah dan yang ada kereta untuk keluar dari kampung seorang sahaja iaitu Tuan Haji Harun sekarang telah meninggal dunia. Arwah tuan Haji Harunlah nak dikatakan orang yang paling kaya dan dermawan yang sering menolong orang kampung masa tuu, aku rajin lepak kat rumah tuan Haji sebab jambu bolnya memang manis dan sedap dan dia ada anak yang baik ngan aku .Aktiviti memancing ikan ,menimba lubuk ikan dan mengecal ikan beramai ramai adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan. Masa tu aku masih kecil tetapi pakar juga menangkap ikan menggunakan tangan sahaja, nak dikatakan memang banyak lahh dapat setiap kali mengecal tak kira lah kat sungai beranang ker atau kat lubuk2. Sungai dulu jauh bezanya dgn sungai sekarang dulu ikan besar besar dan udang galahnya sebesar lengan pengalaman aku pernah kena sepit kat anuu bila main2 dgn udang tersebut cemas abahku memotong sepit tersebut,kalau dulu pukul 7petang semua dah masuk rumah sebab gelap dan sunyi yang terang cuma di Masjid sebab pakai lampu gasling di rumah pakai pelita. Seingat aku letrik, paip dan jalan raya ada di kampungku pada sekitar tahun 1978-1979 .Dikampungku tu nak dikatakan semuanya bersaudara tidak ada orang lain dan semua berketurunan bengkulu masatu kawin diantara anak anak kampung jerrr. Kalau kenduri kahwin semua orang bergotong royong buat kemah daripada pokok hutan, memasak dan kerja kerja rewang. Walaupun hanya orang kampung jer tapi macam ada pesta sekarangni pun sama juga cuma suasana berbeza. Dulu2 ada dua buah kedai runcit dikampung ku iaitu kedai wak Jaafar dan abahku, lama kelamaan yang tinggal hanya kedai abahku sahaja yang sekarangni diwarisi oleh kakakku .Sekarang kampungku ada 35 buah bijik rumah kalau dulu2 cuma ada dalam 22 rumah dan semuanya rumah kayu. Dulu rumah kebanyakkannya buruk buruk tetapi sekarang semuanya dah rumah batu yang cantik. Sepanjang yang aku ingat ketua kampungku dulu mula2 Datok Dagang Bahi b.Sahab pacikku dan yang terkini ada dua ketua kampong Pak Ngah Saad (Umno) dan Adam b.Malik (PKR) tapi tak kesah jangan diaorang bergadoh dah lah.Dulu kalau raya kat kampung memang seronok sangat semua orang masak lemang,ketupat,rendang dan kuih raya sendiri malam2 dua ke tiga hari lagi nak raya yg paling seronok tengok diorang berlumba2 memasak.Istemewanya kampungku raya puasa ada takbir dari rumah kerumah sehingga lah ke pagi sebelum sembahyang sunat raya sampailah sekarang masih ada tapi dah dipecahkan tiga kumpulan cepat sikit siap itupun sampai kul 3.00 pagi makan tak usah nak cakap semuanya sedap2 itulah sebabnya aku sekarang ada kencing manis. Semua orang kampung berjaga sepanjang malam yang tua dgn gengnya dan yang muda dgn cara masing2 masa kecik dulu aku tak kesah sangat dgn duit raya yang penting makan tapi budak2 skrg jauh bezanya mereka utamakan duit.Aku dulu pernah dtg umah orang tu sampai 5 ker 6 kali beraya malunya kalua difikirkan sekarang mungkin disebabkan kami tak gi mana2 nak raya tuan umah layan kami sama jerr tu yang seronoknya. Tahun 1971 aku mula sekolah darjah satu, yang tak tahan bangun pagi mandi sungai atau perigi punya lahh sejuk tuhan jer yang tahu, kencing dalam kelas biasalah bagi kuu.Nama sekolah ku Sek.keb.Rincing Hilir sehingga darjah enam gi sekolah ikut jalan estate Canemara jalan tanah merah sejauh 5 kilometer.Yang tak sedap nya selalu kena kejar anjing tuan estate,yang peliknya dajah satu sampai tiga anjing kerjar aku tapi darjah empat hingga enam aku kejar anjing yang kejar aku dulu takut dia.Dulu sek rendah aku taklahh pandai sgt selalu dapat 6 hingga 9 jerr oklah tuu. Tapi aku memang ada bakat merepai dari kecik lagi agaknya basikal atuk,abah dan tok wan selalu aku repairkan sebab itu aku buka kedai membaiki komputer agaknya. Tahun 1977 sek.men Khir hingga tkt 3 (SRP Bagus Juga) gi High Shool Kajang tkt 4 tak lama balik lagi sek.Men.Khir Johari Beranang hingga tkt 5 (SPM Gred 2 -25Agregit) dpt gred 2 sebab B.Malaysia dapat 7 kalau tak gred 1. Masatu nak sambung belajar susah. Lepas SPM aku gi kerja kontrek cari duit (ada kerja ada gaji), lama juga aku kerja kontrek. Tahun 1985 aku dapat kerja tetap kemudian tahun 1987 aku kahwin sehingga sekarang dan bila2 ada anak 4 orang 2 lelaki 2 pompun.Pada tahun 1996 aku sambung belajar IT. Ayahku meningal tahun 2009 ibu ku ada kat kampung. Sekarang ni hidupku oklahh sikit tak lah sesusah dulu.Anak2 orang kampungku sekarang nii semua telah belajar hingga ke Universiti ada yang telah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan terkenal di Malaysia.Terlalu banyak yang telah berubah sampaikan aku sendiri kadang2 tak kenal bila diaorang tegur aku jumpa kat mana2.












Isnin, 5 Julai 2010

Jamuan Perpisahan Ila

















Bekerja dengan SKU dari Disember 2009 hingga 21.06.2010. Seorang pekerja yang sangat bertanggungjawab.Saya bagi pehak SKU mengucapkan ribuan terima kasih bekerja dengan SKU.Pada 18.06.2010 kami telah adakan jamuan sebagai menghargai beliau sepanjang berkhidmat dengan SKU di Pizza Hutt Bandar Rincing. Kami juga mendoakan semoga beliau berjaya dalam pelajaran dan kehidupan amminn..

Sekian

Ahad, 4 Julai 2010

Cucu Ketiga




04.07.2010 cucu ketiga den datang ke umahhh hemmm dah tua den dahhh. cucu ketiga nii anak ila dan faizal. nama cucu den yang niii Mohd Rusdi. tengok lahh gambarnya sehat betull.