Rabu, 30 Jun 2010

Kenduri Kawin Anak Tok Wan








































Seronok gi kawin anak tok wan (Karok) dengan orang kelantan pada 12 & 13.06.2010 di Sungai Kembong Hulu Bangi, ( Di Kelantan pada 27.05.2010) semua sedara ada. Yang pakai baju batik tulahh Tok Wan dan isterinya Ceek Timah. Tok Wanlahh satu satunya adik abah yang masih hidup. Abah meninggal pada tahun 2009. Pada pagi sabtu lagi dah melapah lembu dan membersihkan ayam, petang masak lauk untuk kenduri malamnya ,masak sup ,kemudian menumis rempah untuk masak ayam masak merah esoknya. Tapi yang paling bes makan sup tulang malamtu memang kauuu takut makan banyak den ado gout, balik umah kat beranang kul 10.00 malam Esok pagi lagi dah sampai umah tok wan masak nasi minyak dan nasi putih, kenduri kat kampong memang senang semua pakar masak ada kat sana, Haji atan,Abu dan Jemi . Den pakar juga tapi hormat kat sifu. Ramai sedara jauh dan dekat datang hingga tak terlayan ,banyaklahh tok wan dapat duit tuuu....Hari kenduri selalunya den tak selera makan sebab makanan banyak kutt. Balik umah kul 5 petang bawa sebungkus besar nasi minyak dan macam macam lauk nak katakan boleh makan 20 oranglahhh.Tak ambik nanti tok wan marah sombong sangat lakkk, bawak jewrr lahh balik, makan selagi mahu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan