Jumaat, 17 September 2010

BERHARI RAYA PADA 10.09.2010



































Hari Raya Pertama 10.09.2010

Selepas sembahyang sunat hari raya gi kubur arwah abah dengan anak anak lebih kurang satu jam di kubur. Balik kerumah diberanang lepak kat umah sambil makan2 bersama-sama anak-anak. Selepas solat jumaat kami sekeluarga gi Bagan Datoh balik kampong isteri saya, sampai sana kul 8.00 malam semua keluarga ada berkumpul disana. Barulah rasa macam raya.

Hari Raya Kedua 11.09.2010

Salepas ambil gambar beramai-ramai pagitu kul 9.00pagi semua keluaga keluar gi Sabak Bernam empat buah kereta, gi umah emak tiri Rashid abang ipar saya yang no 2 , kemudian gi kayan umah adik arwah emak dan ulung saudara isteri saya lepas tu gi umah makngah wook camtulahh bunyi dia orang tuan ni memang kelakar seronok rasanya gi umah dia. Penemuan baru umah makngah wook ni dekat ngan laut tak sampai 100 meter hmm senang nanti nak gi mancing lahh rasanya. Seronok gi raya ramai2 yang teruknya tuan umahlah cian mereka kena serang aje nak katakan licin semua apa yang dihidangkan tapi yang saya kagum tuan umah bagitu ikhlas sekali melayan kami . Ambil gambar ramai-ramai, tengoklah lepastu gi Lumut gi umah Rashid, kakak kamal dan saudara arwah emak, kul 9.00 malam balik Bagan Datohh letihnya tak usah nak cakap tapi seronok.
Hari Raya Ketiga 12.09.2010
Pagi tak gi mana tengah hari gi umah orang kawin petang kul 3.00 gi umah alang ali kat ipoh sampai dekat nak maghrib makan-makan lebih kurang kul 9.00mlm balik ke bagan datoh balik sampai kul 11.00 malam lagi.
Hari raya Keempat 13.09.2010
kul 1.40 petang baru nak balik beranang sebelumtu singgah pekan bagan datoh yang dekat permainan kanak2 tu nak makan sotonya yang boleh dikatakan sedap jugalahh. Duduk hampir setengah jam, orang tak ramai tapi tiada orang nak layan, lepastu gi panggil yang kemas mejatu tanya barulah ada respon lama jugalah baru dapat makan, minta sate 40 cucuk dan soto 6 mangkuk. Sedihnya saya nengok orang kita berniaga macam nak tak nak jerr, ingatkan saya ajer yang terkena rupanya adik ipar saya yang balik dulu dan singgah kat situ pun dia orang buat tak tahu jeer. Nasihat saya kalau nak berniaga buatlahh betul2 bila tak ada orang datang nanti salahkan orang melayu tak nak tolong bangsa. Minta maaf banyak2 lah yop dihari baik bulan baik nii saya bukan nak mengata tapi nasihat jerrr. Kita tinggalkan bagan datoh dengan seribu kenangan kul 7.15 petang den pun sampai beranag. Macamtulahh kira2 nya den raya kat kampong bini den. terima kasih kepada yang sudi membaca jumpa lagi raya tahun hadapan jika panjang umur.

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010


Kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada ibu di kampong Sungai Kembong Hulu maaf zahir dan batin, halalkan makan dan minum kami sekeluarga.