Khamis, 15 November 2012

Menjaring di Bagan Datoh

Pada 13/11/2012 jam 6.30 pagi lepas subuh dah gerak ke Bagan Datoh sepanjang perjalanan ok jerr jalan tak jem tapi sampai kul 10.30 pg gakk berangan jer kat jalan raya singah sekincan beli jagong dan minum kat sungai besar kemudian isi minyak kat sabak bernam tu yang lewat tuu. Sampai jer dia orang tak ada kat umah yop mereka tunggu kat jeti dahh, den paking dan turun barang terus gii jeti rashid dengan yop dah kembung makan rambutan semasa menunggu, naik jer terus jalan gi laut. Hari pertama tak banyak dapat,  ikan bagok dua ekor, ketam  dan gelama jerr boleh lahh melauk untuk dua hari. Esoknya hari rabu pagi lagi kul 9.00 pg dah turun kelaut. Mula labuh kat tengah tak banyak dapat kemudian labuh kat beting baru lahh meriah ada senangin, kurau, seludu, duri dan gelama pisang hemm 20 kilo adalah.Lepas tu terus balik dah pewai tak tahan lahh den kali nii panas tak leh tahann. Cadangan nya hari khamis pagi sebelum balik ptg tuu nak kelaut laggii tapi tak jadi sebab badan sakit2 lama tak kelaut.Balik ke beranang kul 12.30 t/hari sampai kul 4.30 ptg. Walaupun letih tapi seronok, cadangan kenduri anak ayu pada 15/12/2012 nak turun lagi kelaut walaupun sehari. jumpa lagi nanti tak ada gambar sebab tak bawa kamera.