Khamis, 15 November 2012

Menjaring di Bagan Datoh

Pada 13/11/2012 jam 6.30 pagi lepas subuh dah gerak ke Bagan Datoh sepanjang perjalanan ok jerr jalan tak jem tapi sampai kul 10.30 pg gakk berangan jer kat jalan raya singah sekincan beli jagong dan minum kat sungai besar kemudian isi minyak kat sabak bernam tu yang lewat tuu. Sampai jer dia orang tak ada kat umah yop mereka tunggu kat jeti dahh, den paking dan turun barang terus gii jeti rashid dengan yop dah kembung makan rambutan semasa menunggu, naik jer terus jalan gi laut. Hari pertama tak banyak dapat,  ikan bagok dua ekor, ketam  dan gelama jerr boleh lahh melauk untuk dua hari. Esoknya hari rabu pagi lagi kul 9.00 pg dah turun kelaut. Mula labuh kat tengah tak banyak dapat kemudian labuh kat beting baru lahh meriah ada senangin, kurau, seludu, duri dan gelama pisang hemm 20 kilo adalah.Lepas tu terus balik dah pewai tak tahan lahh den kali nii panas tak leh tahann. Cadangan nya hari khamis pagi sebelum balik ptg tuu nak kelaut laggii tapi tak jadi sebab badan sakit2 lama tak kelaut.Balik ke beranang kul 12.30 t/hari sampai kul 4.30 ptg. Walaupun letih tapi seronok, cadangan kenduri anak ayu pada 15/12/2012 nak turun lagi kelaut walaupun sehari. jumpa lagi nanti tak ada gambar sebab tak bawa kamera.

Isnin, 29 Oktober 2012

Versi Petama

Membakar Ayam Di Kampong Bagan Datoh















Hari raya Haji kedua 27/10/2012 tibalah masanya seperti yang dijanjikan pagi lagi kul 7.17 pg kami dah gerak ke Bangan Datoh.Rashid dan Ila telah sampai dulu . Lebih kuirang pukul 11.00 pg kami pun sampai terus pasang tempat pemanggang yang baru di beli susah juga pasang hampir 40 minit. Siap sahaja terus nyalakan api bermula lah acara memanggang huhh memang best masak jer terus belasah hiungga menjilat jari lepastu  diaorang berebut makan masak kambing black paper yop belasah bagai nak rak den pun tompang sekaki huu pun juga sedap bila dah makan ramai2.Kemudian ajak mak uda dan keluarga join sekali lagi lah meriah Sampai kul 4 petang makan ayam panggang. Kepada mereka yang tak dapat balik tengok jerr lah gambar yang di paparkan jangan risau next ada lagi tapi tak dapat nak di tetapkan masanya kena buat versi kedua.

Ahad, 12 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA TAHUN 2012

Tak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua umat islam diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Tahun ni 2012 seperti biasa kami sekeluarga menyambut syawal di beranang lepas sembahyang raya kami gi kubor arwah abah kemudian hari raya kedua  Isnin baru gi raya ker bagan datoh sebelah isteri den dan pagi Rabu dah kena balik beranang . Nampaknya tak kemana2 lahh juaaa tahun niii tahun lepas pun sama tak gi  semua umah sedaroo..

Sabtu, 7 April 2012

LAMA

Lama sungguh aku tak menulis kat blok nii sibuk sangat lah sekarang nii cari rezeki brooo duit nak pakai banyak anak2 dah naik dewasa. Sekarang nii main melaka jeeerrr sebab anak pompuan den yang kat grik dulu dah sambung belajar kat melaka. Punyalahh lama tak masuk blok nii sampai passwd pun lupa. Baru nii den gi Bukit tinggi dan Janda baik lama den tak gi situ seronok juga nengok pemandangan tapi den nengok tempat mandi kat janda baik tu dah tak berapa bersih lahh warna kelabu. Nanti den uplod gambar.