Lepas Jumaat kul 3.30 ptg pada 26/08/2011 gi ambil anak yang belajar kat Utem melaka, sampai sana dekat kul 5 ptg tak leh laju banyak kenderaan kalau tak perjalanan hanya 1 jam lebih sikt jeer. Gi maiden melaka beli barang keperluan untuk raya perancangan nak berbuka kat maiden tapi anak2 ajak kat restoren ikan bakar tapi tak leh penuh meja tak ada kosong mungkin telah lambat kul 7.00 ptg dahh. pusing gi tempat lain yang kami sendiri tak tahu cadangan nak gi umbai anak2 cakap jauh tak peerr cari yang dekat jerr singgah kat restoran dekat simpang empat berhampiran JPJ tuu apa tak ingat RESTORAN TUNA JATI KUTT duduk hampir 1/2 jam tak ada orang tanya pun nak minum dan makan apa tak taulahh orang kita berniaga cam neeerrr anak2 dah bising maklum lahh puasa lapar tuu hanya buka puasa dengan air miniral yang beli kat Petronas sahaja. Abah kalau nak makan gi kedai mamak mesti dapat punya mereka cakap, den faham memang mamak tak leh lawan tentang servis niii bukan nak memuji tapi itu lahh kenyataannya. Den kalau boleh nak kurangkan mengayakan mamak niii..den pun ambil keputusan gi balik maiden sebab di sini memang banyak kedai makan akhirnya den makan nasik kandar, mamak lagi...jap jerr dapat anak2 makan chiken cop dan lamb chop memang kauuu punya. Lepastu gi masjid AL-Alami sembahyang kemudian lepak jap kat masjid kul 10.00 mlm baru balik ke beranang.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Selasa, 9 Ogos 2011
NOSTALGIA BULAN PUASA
Lama dah saya tak menulis bukan tak ada cerita tapi mood tak ada..Bila bulan puasa jeer teringat masa kecik2 dulu yang tipu abah nagan mak kata puasa tapi sebenarnaya tak puasa. Alhamdulilahlah anak2 den sekarang nii semua ok tak ikut perangai bapa dia. Kecik2 dulu seronok bila masa nak berbuka walaupun tak lahh sesedap masa sekarang niii dengan pelbagai juadah. Sekarang makan pun selera dah kurang. Yang seronoknya gi masjid bukan nak gi sembayang terawikh tapi lebih nak moreh jeeer makan kenyang sampai tak larat nak balik sampai tertidor kat masjid pun ada abah dukung bawak balik umahh terawikh dah habis. Kalau sekarang anak saya buat rasanya tak leh nak marah. Bedok kat masjid tuu memang jadi mangsa den jerr masa kecik dulu azan jeer kita belasah bagai nak rak supaya orang kampong dengar panduan untuk berbuka puasa , ada sekali tuu orang tua marah mana tak nya belum azan lagi dah belasah.
Den nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua orang Kampong Sungai Kembong Hulu semoga ketemu lagi di tahun hadapan.
Den nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua orang Kampong Sungai Kembong Hulu semoga ketemu lagi di tahun hadapan.
Isnin, 13 Jun 2011
HARI PERNIKAHAN AYU PADA 11.06.2011
Pada 11.06.2011 kul 5.00 pagi dah gerak ker Bagan Datoh kerana nak gi kenduri ayu anak buah den nikah, sampai BD kul 7.55 pagi diaorang dah nak siap melapah kambing nak masak rendang Tok, kambing huhhh memang kaouuu bilo dah masak den belasah sampai lupo diri yang den ni sebenarnya dalam kategeri mereka2 yang tidak sehat. kul 12.00 t/h seperti biaso bacaan doa oleh ustat usin dan jemaahnya setengah jam lepastu pihak rombongan pengantin pun sampai kemudian naib kadi(Jurunikah) pun sampai. Jurunikan tu sebenarnya bapa kawan den. Lebih kurang setengah jam semua pun selesai dan makan kenduri. Semua keluarga ada kecuali keluarga abang ipar den yang nombor 3. Den balik pagi ahad sebab takut jem sampai beranang kul 2.00 petang.
Isnin, 6 Jun 2011
BERCUTI DI KUANTAN PAHANG
Pada 4/6 dan 5/6/2011 den sekeluarga gi Bukit Gambang Resot di Kuantan bawa anak-anak gi mandi dekat Gambang water park. Kami gi dengan adik ipar den semua 10 orang sewa homestay brother nazri RM150.00 semalam memang OK. Punyalah ramai orang hari tu berbaris panjang nak dapatkan tiket masuk dewasa RM 21.90 dan budak RM 14.90 kanak2 yg tinggi kurang 90 cm free semua orang mandi kecuali den dari kul 1.30 ptg hingga kul 6.00ptg sampai tutup lah water parktuu.Malam gi makan kat Kuantan arah ke pekan pun punya lahh ramai orang satu jam lebih tunggu baru dapat makan licin semuaaaii dah lapar sangat agaknya sodaplah jugaakkk balik umah semua terus tertidoorr. Esoknya kul 10.30 pagi dah keluar "chekout" gi cerating anak nak mandi laut pulak yang ni tak masuk dalam perancangan kul 1.30 anak dah terjun kat pantai sampai kul 4.00 ptg baru nak balik. Den raso macam tak cayo lakk kat Lebuhraya Pantai Timur tak ado jual "Reload" touch n go den terpaksa keluar ketemerloh baru ado kemuadian masuk balik kat lebuhrayo ikut Lanchang. Sepanjang jalan Karak jem sampai umah kul 1.00 pagi.
Rabu, 25 Mei 2011
HAPPY BIRTHDAY ANYAH
KURSUS ANJURAN BIRO TATANEGARA DI LANGKAWI
Lama den tak gi kursus kat luar. Baru-baru ni den gi kursus kat langkawi dari 18.05.2011 hingga 21.05.2011 di pulau lagend Langkawi. Den gi naik kapal terbang dari KLIA terus ke Langkawi menginap kat Pusat Latihan Panorama tempat ni sebenarnya Hotel. Seramai 104 orang peserta dari semua Negeri di Malaysia kecuali Kelantan, semasa disana memang seronok mendengar ceramah, kuliah subuh,kuliah maghrib, kawat dan Latihan Dalam Kursus tambahan pulak tu boleh jumpa kawan2 lama den ramai yang ada. Den (Selangor) sebilik dengan Tuan Anis (Johor), Tuan Ramli dan kawan (Hosp.Pulau Pinang) .
Isnin, 18 April 2011
BADMINTON
Pada jumaat 15.04.2011 kali pertama kami sekeluarga pergi main badminton di dewan dekat sungai purun jalan semenyih. Kami menyewa tiap hari jumaat setiap minggu dari kul 8.30 malam hingga 10.30 malam. Sebenarnya den telah enam tahun bersara dari main badminton tapi atas desakan anak2 dan penyakit yang ada akhirnya den mengalah juga . Den dulu2 memang terkenal juga dalam permainan badminton di Hulu Langat nii nak katokan ramai yang pernah kalah dulu dengan den dondem jerr nak kalahkan denn..ituu duuluu.....tapi den boleh lagi main untuk keluar peluhh jeerrrr.
Selasa, 15 Mac 2011
HARI AYU BERTUNANG DI BAGAN DATOH
Pada 12.03.2011 subuh lagi den dah jalan nak balik bagan datoh kerana anak buah den bertunang. Ayu ni anak kedua yob acil den (Tekong) abang ipar den yang tua sekali. Bertunang ngan orang perak juga dan di fahamkan korjo samo tompek dengan tunaguaii.Majlis di mulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustat Usin dan rombongan pengantin datang lebih kurang kul 12.30 T/Hari. Lopeh berbincang biasolah makan dulu. Balik kali ni tak dapat gi laut sebab tsunami kat Jepun polis melarang semua nelayan turun kelaut jadi den lepak kat kedai kopi kampong dan jeti sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)