Pada 12.03.2011 subuh lagi den dah jalan nak balik bagan datoh kerana anak buah den bertunang. Ayu ni anak kedua yob acil den (Tekong) abang ipar den yang tua sekali. Bertunang ngan orang perak juga dan di fahamkan korjo samo tompek dengan tunaguaii.Majlis di mulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustat Usin dan rombongan pengantin datang lebih kurang kul 12.30 T/Hari. Lopeh berbincang biasolah makan dulu. Balik kali ni tak dapat gi laut sebab tsunami kat Jepun polis melarang semua nelayan turun kelaut jadi den lepak kat kedai kopi kampong dan jeti sahaja.
Selasa, 15 Mac 2011
JETI BAGAN DATOH TEMPAT DEN JADI NELAYAN
Tempat ni namanya Jeti Sungai Nipah di Bagan Datoh tempat den gi melepaskan gian kelaut dengan adik beradik sebelah bini den. Taget den tahun ni nak gi sebulan sekali sebelum ni den jarang gi sebab sibuk dengan uruskan anak belajar kat gerik dan menguruskan kedai. Minta maaf tak dapek nak ajak kawan2 bot kecik. Kalau nak gi pulau sembilan pun kami gi dari sini.
Bagan datohni masih banyak ikan nak katokan tiap kali gi tak pernak balik tangan kosong tak kirolah ikan mahal ker ikan murah.
Langgan:
Catatan (Atom)